Wednesday 30 November 2011

Ini untuk Ibu.

Aku sedih, bila dia memberikan aku sesuatu yang dia tak mampu.
Aku marah, bila dia ditengking oleh sang raja.
Aku tak sanggup lihat perih yang dia tanggung.
Tiada apa yang mampu untuk aku lakukan.
Tiada apa yang lebih indah selain cinta aku terhadap dia.

Aku tahu dia letih,
Aku tahu dia sakit,

Biar aku lapar kurus kering.
Biar hidup aku untuk si dia.
Biar aku ditikam dengan pisau tajam,
Biar mati aku untuk si dia.

Nanti sampai suatu masa, aku mati, 
aku mahu dia tahu semua yang aku buat untuk dia.


Ini untuk Ibu :)

Saturday 19 November 2011

Melihat dia pergi,

Sometimes I get so happy being with you that I just wanna hug you. 
But then, I get scared that you will hug me back.
And then it gets too damn hard when you decide, its already time to let go.
Times are getting hard, and the weak are about to get weaker.

And yeah. I miss you.

Monday 14 November 2011

Nov14 : Nota untuk si Pelangi.

Kehadapan si Pelangi.
Aku tagih warnamu,
Letih aku tunggu,
Perih aku tak mahu.
Mananya si Pelangi?
Aku tagih awanmu.

Kehadapan si Pelangi.
Aku berdiri tiang tegak,
Melutut rebah aku batak,
Sakit aku biar marak.
Mananya si Pelangi?
Aku tagih ketawa riak.

Kehadapan si Pelangi.
Aku minta jangan berundur,
Bukan aku marah, cuma tegur,
Kemari sayang, biarku lentur.
Huh, Mananya si Pelangi?
Aku tagih cahaya tuk tidur.

Kehadapan si Pelangi
Usahlah merajuk kayak beruk,
Aku tak mahu kau renyuk,
Janganlah monyok teruk.
Kemari wahai Pelangi.
Aku yang teruk ni, mau pujuk,

Tuesday 8 November 2011

Pergi mati.

Aku nak sampaikan pesan buat orang orang tersayang,
yang rasa diri kalian itu banyak duit.
Pergi jahanam la kau orang dengan duit kau orang, aku tak luak la duit kau orang tu.

Lebih 10 kali aku bilang, yang aku tak ada duit. Huh, untung la kalian banyak duit, kan? 
Boleh enjoy sana sini, boleh beli barang itu ini.
Tapi jangan heret aku, kalau aku bilang aku tak mahu.
Jangan caci maki aku, jangan putus saudara, jangan laa tarik muka, kawan :)

Aku tak minta apa apa dari kau orang, aku cuma minta tolong faham.
Aku bukan la macam kau orang,
famili kaya raya, anak orang berada, tinggal di rumah 2 tingkat, kereta mahal. 
Aku bukan la cemburu buta, aku tak mati dengan semua benda benda itu. 
Kadang kadang aku terasa rimas apa yang kau orang agungkan tu. Huh, entah lah.

Nilai aku untuk kau orang, cuma seorang manusia biasa.
Tiada istilah duit terpampang di muka aku..
Aku cuma boleh bayar kalian dengan senyum tawa yang terbahak bahak.
Itu sahaja yang aku mampu. Bukan lah aku kedekut untuk keluarkan duit. 
Manalah tahu, ada yang lebih penting untuk itu.

Kau orang mungkin tak sedar, kau orang mungkin mengata. 
Tapi tak mengapa, aku faham perangai manusia. 
Niat aku bukan untuk menghentam,
aku penat melayan karenah karenah manusia tolol yang agungkan duit..
Hey, untuk apa? Cukuplah sekadar biasa biasa saja. 
Untuk makan di TGI Fridays? Untuk beli Louis Vuitton?

Peliknya kehidupan urban, belanja terus sampai mati ya bang? 
Buat kalian yang banyak duit, pergi mati dengan duit duit kau orang.
Buat kalian yang terasa tempelak aku, aku minta maaf. Aku harap kalian faham. 
Aku mahu tidur tersenyum, ada wang kita ketemu lagi ya.

//Efek Rumah Kaca - Belanja Terus Sampai Mati.