Monday 14 November 2011

Nov14 : Nota untuk si Pelangi.

Kehadapan si Pelangi.
Aku tagih warnamu,
Letih aku tunggu,
Perih aku tak mahu.
Mananya si Pelangi?
Aku tagih awanmu.

Kehadapan si Pelangi.
Aku berdiri tiang tegak,
Melutut rebah aku batak,
Sakit aku biar marak.
Mananya si Pelangi?
Aku tagih ketawa riak.

Kehadapan si Pelangi.
Aku minta jangan berundur,
Bukan aku marah, cuma tegur,
Kemari sayang, biarku lentur.
Huh, Mananya si Pelangi?
Aku tagih cahaya tuk tidur.

Kehadapan si Pelangi
Usahlah merajuk kayak beruk,
Aku tak mahu kau renyuk,
Janganlah monyok teruk.
Kemari wahai Pelangi.
Aku yang teruk ni, mau pujuk,

No comments:

Post a Comment